Thursday 21 July 2011

Sejarah 1

12. Jelaskan  tentang jenis -jenis zakat yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam. Bincangkan
      perlaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah.


A. Pengenalan [3 Markah]

1.       Berasal dari kata dasar zaka, yang bermaksud kesucian, kebersihan, keberkatan, dan kepujian dariapada sifat-sifat mazmumah seperti bakhil dan tamak.

2.       Syarak pula telah mengislahkan zakat sebagai sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya.

3.       Kefardhuan zakat secara ijbari atau kuat kuasa di antara bulan Syaaban hingga bulan Syawal. Mulai tahun itu, keengganan membayar zakat boleh membawa hukuman bunuh atau dipaksa membayarnya oleh pemerintah.


B. ISI-ISI  [7 isi x 2 markah = 14 markah ( Maksimum 10 Markah)]
                                                  
Jenis-jenis Zakat.

1.Zakat Fitrah
  • Orang Islam diwajibkan mengeluarkannya setiap tahun.
  • Pengeluaran zakat bermula dari 1 Ramadhan hingga hari pertamabulan Syawal yakni sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri.
  • Mengikut Mazhab Syafie, zakat fitrah perlu dikeluarkan sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya.
  • Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi pula mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan dengan mata wang mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut.

2.       Zakat Harta
  • Zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
  • Harta yang diwajibkan zakat terdiri dariapada harta yang penting dalam ekonomi seperti hasil tanaman, binatang ternakan, emas, dan perak serta barang-barang perniagaan.

3.      Zakat Pertanian
  • Zakat untuk buah-buahan dan biji-bijian wajib dikeluarkan.
  • 5 ausuq (500 liter) secara timbangan merupakan kadar zakat pertanian yang perlu dikeluarkan.
  • 1/10 (jika menggunakan air hujan) dan 1/20 (jika disiram sendiri)merupakan kadar yang perlu dikeluarkan bagi zakat tanaman.

4.      Zakat Binatang Ternakan
  • Setiap binatang ternakan perlu dikeluarkan zakat.
  • Khalifah Umar al-Khattab pernah mengenakan zakat ke atas kuda kerana haiwan ini boleh diperniagakan.
  • Syarat-syarat: Cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal, dan membiak sendiri.

5.      Zakat Saham / Pendapatan
  • Harta saham yang dikeluarkan dalam syarikat-syarikat perniagaan atau badan-badan pelaburan.
  • 2.5% atau nilai terendah semua saham yang dimiliki dalam masa satahun setelah ditolak pinjaman membeli saham merupakan pengiraan zakat ini.
  • Zakat pendapatan atau zakat gaji. Syarat wajib ialah: Islam, Merdeka, Sempurna milik, Hasil usaha yang baik, Cukup nisab, dan Cukup haul.

6.      Zakat Perniagaan
  • 2.5% adalah kadar wajib zakat yang perlu dikeluarkan.
  • Syarat-syarat:  Islam, Merdeka, Sempurna milik, Rezeki yang halal, Cukup haul, dan Cukup nisab (85 gram harga emas semasa)

7.      Zakat Wang Simpanan
  • Zakat daripada wang yang disimpan di dalam bank dalam bentuk akaun simpanan, akaun tetap atau akaun semasa.
  • Wang simpanan dicampur wang ditangan apabila cukup nisab dan hari.
  • Nilai zakat 2.5% daripada jumlah simpanan.
  • Syarat-syarat: Islam, Merdeka, Sempurna milik, Cukup haul, dan Cukup nisab.

Perlaksanaan Zakat Zaman Bani Abbasiyah  [ 5 isi x 2 markah=10 Markah]

  • Perlaksanaan zakat pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah merupakan kesinambungan ajaran yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para khalifah pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan Bani Umaiyah.
  • Zakat pada zaman Bani Abbasiyah terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
  • Sumber zakat ini akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf sebagaimana zaman-zaman sebelumnya, iaitu golongan fakir, miskin, amil, orang mualaf, orang yang berhutang, orang yang berjihad, dan musafir serta hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
  • Bagi menguruskan perlaksanaan zakat, kadi yang pakar dalam bidang syariah telah dilantik terus oleh kerajaan pusat. Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, beliau telah mendapatkan nasihat daripada Abu Yusuf yang telah dilantik sebagai Ketua Kadi.
  • Sesuai dengan perkembangan aliran pemikiran pada zaman Abbasiyah, kelahiran pelbagai mazhab turut membawa kepada pelbagai tafsiran tentang zakat sekaligus mempengaruhi urusan pentadbiran dan perlaksanaannya.
  • Perlaksanaan zakat pada zaman Bani Abbasiyah juga secara tidak langsung telah membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat pasa zaman ini.
  • Pelajar atau golongan cerdik pandai yang memperoleh zakat telah memanfaatkannya sebaik yang mungkin seterusnya membawa kepada kemasyhuran kota Baghdad sebagai pusat keilmuan pada zaman-zaman pemerintahan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Ma’mum.


C. Penutup [2 Markah]

  1. Zakat merupakan bukti seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t dan mempunyai rasa belas kasihan ke atas orang yang memerlukannya.
  2. Dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama Islam serta mengurangkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin.
  3. Pemerintah atau kerajaan pula dilihat dapat menunaikan tanggungjawab sosial yang amat diharapkan oleh golongan tidak bernasib baik dengan adanya perlaksanaan zakat.

No comments:

Post a Comment